SUSU SOYA ESP SHAKLEE

Susu Soya ESP Shaklee

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protien merupakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya.

Apa Yang Best Tentang ESP Shaklee

πŸ’˜ Sumber “Protin Lengkap” dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

πŸ’˜ Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.

πŸ’˜ Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tanga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

πŸ’˜ Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.

πŸ’˜Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

πŸ’˜ Kandungan lemak dalam sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

πŸ’˜ Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

πŸ’˜ Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

Apakah kepentingan nutrisi yang terdapat dalam ESP Shaklee?

*1. Protein*
🌷 Protein merupakan blok binaan badan manusia, penting untuk penyelenggaraan tisu badan termasuk pertumbuhan tisu baru dan pembaikpulihan tisu yang telah rosak
🌷 Protein dalam badan manusia terhasil menggunakan protein yang dimakan dari diet harian dan perlu sentiasa diganti
🌷 Kanak-kanak memerlukan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan tisu protein dalam tubuh
🌷 Protein merupakan sumber utama tenaga
🌷 Protein terlibat dalam penghasilan hormondalamdalamdalamdalamdalam badan manusia
🌷 Protein diperlukan untuk menghasilkan enzimuntukuntukuntukuntukuntuk mempertingkatkan kadar tindak balas kimia dalam badan
🌷 Protein sebagai agen pengangkutan dan penyimpanan molekul dalam badan manusia
🌷 Protein menghasilkan antibodi yang menghalang jangkitan penyakit (sistem imun)

*2. Tenaga*
🌷 Memberi tenaga segera dan tahan lama

*3. Thiamin (Vitamin B1)*
🌷 Memberi tenaga
🌷 Terlibat dalam fungsi sistem saraf dan fungsi otot
🌷 Mengawal pergerakan elektrolit keluar masuk sel saraf dan sel otot
🌷 Terlibat dalam penghadaman dan metabolisma karbohidrat
🌷 Meningkatkan daya ingatan

*4. Riboflavin (Vitamin B2)*
🌷 Menghasilkan tenaga daripada makanan
🌷 Bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan sel dan DNA yang mengakibatkan penuaan dan risiko diserang penyakit jantung dan kanser
🌷 Diperlukan untuk menukarkan vitamin B6 dan B9 (asid folik) kepada bentuk yang boleh digunakan oleh badan
🌷 Menjaga kesihatan mata, mencegah katarak
🌷 Mengurangkan kekerapan diserang migrain

*5. Niacin (Vitamin B3)*
🌷 Membantu menghasilkan hormon berkaitan seks dan stress
🌷 Menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) dan paras lemak dalam darah
🌷 Mengurangkan risiko penyakit jantung
🌷 Mengurangkan kemurungan, menyihatkan kulit, menjaga sistem penghadaman

*6. Asid Panthothenik (Vitamin B5)*
🌷 Menghasilkan sel darah merah termasuk hormon berkaitan seks dan stress
🌷 Mengekalkan kesihatan penghadaman dan membantu badan menggunakan vitamin lain seperti B2
🌷 Diperlukan untuk sintesis kolestrol
🌷 Merendahkan paras kolestrol LDL dan lemak dalam darah

*7. Pyridoxin (Vitamin B6)*
🌷 Menghasilkan neurotransmitter yang menghantar signal dari sel saraf ke sel saraf yang lain, terlibat dalam perkembangan fungsi otak yang normal
🌷 Mengurangkan masalah kemurungan, mengurangkan simptom PMS, mengurangkan masalah morning sickness wanita hamil

*8. Kalsium*
🌷 Menguatkan tulang dan gigi, menyokong struktur badan manusia
🌷 Terlibat dalam pembekuan darah, pergerakan otot dan fungsi saraf
🌷 Mengaktifkan enzim tertentu, mengangkut ion merentasi membran sel, menghantar dan menerima neurotransmitter semasa komunikasi sel
🌷 Mengekalkan denyut jantung yang normal

*9. Iron (zat besi)*
🌷 Menghasilkan sel darah merah
🌷 Mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan
🌷 Mengekalkan sistem imun yang sihat
🌷 Membantu penghasilan tenaga
🌷 Mengekalkan kesihatan sel, kulit, rambut dan kuku

*10. Sodium (garam)*
🌷 Mengawal tekanan darah
🌷 Mengawal pergerakan otot dan saraf

Antara nutrisi yang terkandung dalam ESP dan juga kepentingannya πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

Apakah Keistimewaan ESP Shaklee?*

1. Shaklee pelopor dalam pembuatan supplemen berasaskan protein kacang soya. Dr. Forrest C Shaklee telah mencipta pengasingan protein soya yang pertama pada tahun 1970 an. Beberapa tahun selepas itu, penemuan Dr. Shaklee telah disokong oleh beberapa kajian klinikal yang membuktikan protein soya merupakan blok binaan utama untuk membina kesihatan dalam jangka masa panjang.

2. Protein soya ESP Shaklee adalah non-GMO (GMO – genetically modified organism), iaitu tidak diubahsuai secara genetik. Protein soya non-GMO dihasilkan di bawah program pengekalan identiti (IPP – Identity Preservation Program). Melalui program ini, kacang soya dijaga dan dipantau dengan teliti dari saat penanaman hinggalah saat pemprosesannya dan memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik.

🌹Produk yang berasaskan bahan GMO adalah berbahaya kepada kesihatan kerana boleh menyebabkan toxicity (keracunan toksik), allergic dan potensi kanser. Sedikit tips untuk anda jika ingin membeli produk berasaskan protein soya, baca label kandungan sebelum membeli dan pastikan ianya non-GMO baru beli. Kalau malas nak belek-belek baca label, beli je ESP ni, memang confirm non-GMO

3. Soya Shaklee dibasuh dengan air untuk mengekalkan isoflavens dan segala kebaikan yang terdapat pada kacang soya. Kebanyakan produk berasaskan kacang soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol akan memusnahkan isoflavens dalam kacang soya.

🌹 Sangatlah rugi makan produk berasaskan kacang soya yang telah musnah isoflavensnya kerana isoflavens adalah agen penting dalam pencegahan kanser. Tidak hairanlah baru-baru ini gempar kacang soya penyebab kanser – kacang soya yang telah musnah khasiat pencegahan kansernya.

4. Ia memberi tenaga berkekalan yang tahan berjam-jam kerana dilengkapi dengan *5 jenis vitamin B* yang diperlukan tubuh untuk menjana tenaga dari makanan.

5. Ia juga tiada kolestrol, laktosa dan lemak tepu Berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu, protein soya dari ESP Shaklee adalah rendah lemak, tanpa kolestrol dan bebas laktosa.

6. Dilengkapi unsur kalsium dan zat besi. Setiap hidangan ESP Shaklee membekalkan kalsium dan zat besi yang mencukupi untuk kelangsungan fungsi badan yang sempurna.

7. Sumber protein lengkap dengan *9 asid amino* yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri.

8. ESP Shaklee mengandungi *protein soya berkualiti tinggi*. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang diproses pada susu rendah bagi menjamin kualiti protein. Protein akan musnah pada suhu tinggi.

Tahu tak apa itu isoflavens??? Yang disebut pada item no 3 diatas ?

APA ITU ISOFLAVENS*

Isoflavens
i. Anti kanser
🌸 Kanser prostat
🌸 Kanser payudara
🌸 Kanser Endometrial (Kanser uterus / rahim)

ii. Mengurangkan risiko sakit jantung
🌸 Isoflavens genistein menghalang perkembangan sel yang menyebabkan arteri tersumbat
🌸 Mengurangkan kadar kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein)

iii. Meningkatkan kesihatan tulang
🌸Isoflavens daidzein menghalang pereputan tulang dan menggalakkan pertumbuhan tulang
🌸Mencegah osteoporosis

iv. Kesihatan Wanita
🌸 Mengurangkan gejala menopous

v. Kesihatan lelaki
🌸 Mengurangkan risiko kanser prostat

vi. Antioksidan
🌸 Isoflavens genestein meneutralkan radikal bebas penyebab kerosakan pada sel badan
🌸 Menghalang kolestrol daripada merosakkan dinding arteri.

*1. ESP Shaklee sebagai tepung awet muda / agen anti penuaan*

🌷 Ia menyuburkan kesihatan kulit dari jeragat dan kesan parut (termasuk parut jerawat dan stretch mark)
🌷 Mengurangkan kedutan, pigmentasi dan kesan tua pada kulit
🌷 Membantu kesihatan rambut, kuku dan otot
🌷 Menganjalkan kulit (termasuk menganjalkan kembali payu dara yang kendur)
🌷 Menjadikan kulit lembut, gebu dan cerah

πŸ‘† salah satu sebab KENAPA ESP jadi hot produk. Kita semua nak awet muda dan cantik 😍

2. ESP Shaklee untuk ibu hamil*

🌷 Kandungan protein dalam ESP Shaklee membantu pembinaan sel dan menggalakkan pertumbuhan fizikal fetus (janin) dalam kandungan
🌷 Protein juga diperlukan untuk pembentukan dan pembaharuan sel badan ibu hamil. Sel badan yang sihat dan berzat akan mengoptimumkan penyerapan nutrient untuk ibu dan bayi
🌷 ESP Shaklee memberikan tenaga berpanjangan dan membantu badan ibu hamil kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan
🌷 ESP Shaklee membantu mempersiapkan badan ibu hamil untuk penyusuan badan yang lancar setelah melahirkan
🌷 ESP Shaklee membantu mencantikkan dan menyihatkan kulit anak yang bakal lahir (bayi tak mudah kena ruam).

3. ESP Shaklee untuk ibu menyusu*

🌷 Protein merupakan komposisi utama dalam susu ibu. ESP Shaklee membantu meningkatkan penghasilan susu ibu yang lebih pekat dan berkrim dan menjadikan bayi cepat kenyang dan kurang meragam

🌷 Khasiat protein dari susu ibu membantu bayi membesar dengan lebih sihat kerana ESP Shaklee mengandungi kesemua 9 asid amino perlu 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia

🌷 Ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan nutrisi protein untuk membaikpulih sel-sel yang rosak semasa bersalin. ESP Shaklee mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

🌷 ESP Shaklee memberi tenaga segera yang tahan lama untuk ibu berpantang

🌷 Ibu berpantang yang mengamalkan ESP Shaklee akan berasa cepat kenyang dan membantu menguruskan badan serta dapat kembali ke bentuk badan sebelum kehamilan.

4.ESP Shaklee untuk pesakit Jantung*

🌷 ESP Shaklee membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah sehingga 23%

🌷 Kajian menunjukkan pengamalan ESP Shaklee dan Vitamin E serentak mampu merendahkan LDL (kolestrol jahat) sehingga 40% (mengurangkan risiko darah tinggi dan sakit jantung)

🌷 Kajian menunjukkan ESP Shaklee mampu menghalang LDL (kolestrol jahat) dari teroksida bagi mengelakkan risiko stroke dan arteri tersumbat (mengurangkan risiko sakit jantung).

5. ESP Shaklee untuk pesakit Gastrik*

🌷 ESP Shaklee meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut bagi pesakit Gastrik

🌷 ESP Shaklee diperbuat dari protein soya yang bersifat alkali yang dapat meneutralkan lebihan asid perut.

🌷 Protein membantu badan membina dan membaikpulih sel-sel perut yang rosak akibat rembesan asid perut sewaktu proses pencernaan

🌷 ESP Shaklee memberi rasa kenyang yang segera dan melegakan sakit perut akibat gastrik.

6. ESP Shaklee untuk pesakit Diabetis*

🌷 ESP Shaklee rendah karbohidrat dan mempunyai glycemic index yang rendah

🌷 Glycemic Index (GI) adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula darah. Semakin tinggi GI semakin cepat kenaikan gula darah

🌷 Makanan dengan GI yang rendah supaya tidak kerap berasa lapar dan mengelakkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak

🌷 Protein soya dalam ESP Shaklee membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

🌷 ESP Shaklee tidak menyebabkan kenaikan gula yang mendadak dalam darah.

7. ESP Shaklee untuk kesihatan yang menyeluruh*

🌷 Antara fungsi utama protein adalah membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat

🌷 Protein soya dari ESP Shaklee mampu mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein dari sumber haiwan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang manakala protein soya mampu melindungi fungsi buah pinggang

🌷 ESP Shaklee mampu menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh kaum lelaki

🌷 Kajian menunjukkan protein soya mampu menambah ketumpatan tulang

🌷 Protein soya dalam ESP Shaklee berupaya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus

🌷 Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna

🌷 ESP Shaklee terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya

🌷 ESP Shaklee mampu mengawal β€˜mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause.

*Siapa yang Memerlukan ESP Shaklee?*

1. _Wanita hamil – memberi tenaga berpanjangan untuk ibu hamil dan menggalakkan pertumbuhan fizikal janin.

2. _Wanita menyusu – menggalakkan penghasilan susu ibu yang pekat dan berkrim, menjadikan bayi cepat kenyang dan kurang meragam, mempercepat penyembuhan luka bersalin

3. _Individu yang ingin kelihatan awet muda- menganjalkan kulit, mengurangkan pigmentasi dan kesan tua pada kulit, merawat parut jerawat dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan gebu

4. _Individu yang ingin menurunkan berat badan – pengambilan protein di awal pagi memberi rasa kenyang berpanjangan, protein mengisi kekosongan lemak yang telah dibakar dengan penghasilan sel baru yang lebih sihat

5. _Individu yang ingin kekal bersenam sepanjang hari – memberi tenaga segera dan tahan lama

6. _Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas- protein diperlukan untuk tumbesaran yang sempurna

7. _Penghidap kencing manis – Indeks glisemik rendah membantu mengawal paras gula dalam darah

8. _Individu yang ingin mencegah penyakit kronik (seperti kanser dan sakit jantung) – Isoflavens bertindak sebagai antikanser dan antioksidan yang melawan radikal bebas dari merosakkan sel badan

9. _Wanita menopous – kandungan isoflavens dalam protein soya mengurangkan simpton menopous

10. _Individu yang ingin menjaga kesihatan pada tahap optimum – mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

 

Promosi September Kulit Berseri

Kulit Berseri Ditemui

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit berseri dari dalam. Pernahkan anda tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Protein untuk membina kulit yang sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi yang optimum
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.8

Tingkatkan Keanjalan dengan kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Mengurangkan parut.2

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walau bagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan Vitamin C membantu:

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.4
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit. 5,6
  • Membantu dalam penyembuhan luka. 5
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.5

Kekalkan kelembapan kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  • Mengurangkan gatal dan kulit bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4
  • Melawan keradangan.7

Lindungi kulit anda dari sinaran UV

  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karetonoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari.6. Ia juga dikenali sebagai pelindung matahari dalaman anda
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama Vitamin C.

Rujukan