Promosi September Kulit Berseri

Kulit Berseri

Promosi September Kulit Berseri

Kulit Berseri Ditemui

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit berseri dari dalam. Pernahkan anda tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Protein untuk membina kulit yang sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi yang optimum
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.8

Tingkatkan Keanjalan dengan kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Mengurangkan parut.2

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walau bagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan Vitamin C membantu:

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.4
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit. 5,6
  • Membantu dalam penyembuhan luka. 5
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.5

Kekalkan kelembapan kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  • Mengurangkan gatal dan kulit bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4
  • Melawan keradangan.7

Lindungi kulit anda dari sinaran UV

  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karetonoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari.6. Ia juga dikenali sebagai pelindung matahari dalaman anda
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama Vitamin C.

Rujukan

No Comments

Post A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat