7 Manfaat Luar Biasa Zink

Manfaat Zink Plus 

Kak Tie kongsikan 7 manfaat zink kepada kesihatan badan kita. Zink amat penting dalam membantu badan berfungsi dengan baik agar kita sentiasa sihat.

Manfaat Pertama: Tingkatkan Sistem Imun Badan

Manfaat Kedua: Rambut yang Kuat dan Berkilau

Manfaat Ketiga: Kulit yang Cantik dan Berseri

Manfaat KeEmpat: Sistem Reproduktif Lelaki dan Perempuan

Manfaat KeLima: Tingkatkat Memori dan Pembelajaran

Manfaat KeEnam: Tingkatkat Tenaga dan Stamina

Manfaat KeTujuh: Percepatkan Penyembuhan Luka

Rujukan

Koleksi Testimonial Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum, sempena promosi Omega Guard Shaklee bulan November ini, kak tie nak kongsikan Koleksi Testimonial Omega Guard Shaklee. Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3. Ramai dikalangan Kita masih ragu-ragu dalam memilih Omega-3.

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA ⤵️

🍀Mencegah kanser
🍀Mencegah pembekuan darah
🍀Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
🍀Baik untuk pesakit jantung
🍀Menghindar tekanan perasaan
🍀Mencegah penyakit darah tinggi

Tugas DHA ⤵️

✔Mencegah asma
✔Meningkatkan daya seksual
✔Mencegah sakit kulit
✔Mengelakkan kanser payu dara
✔Mengelak kanser prostat
✔Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
✔Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

Manfaat Omega Guard Untuk Kesihatan

Minyak Ikan Untuk Kesihatan

•Menyokong Kesihatan Jantung
•Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
•Menyokong Fleksibilit Sendi
•Nutrisi penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu
•Menyokong Kesihatan Kulit
•Meningkatkan kesihatan imun
•Meningkatkan Kesihatan Sperma

☑️Menyokong Kesihatan Jantung

Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak dan keradangan ni boleh juga berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik.

Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok.

Cara Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti

Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung.

➡️Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.

➡️Omega 3 membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride.

☑️Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat

Tau tak? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak.
Untuk otak, DHA dan EPA ni bantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk mengoptimumkan keupayaan otak.

Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan. Omega 3 meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus. Omega 3 juga beri kesan kepada mood, iaitu bantu mengurangkan stress iaitu (mood yang baik).
Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimer (lupa).
Untuk ibu hamil pula, Omega 3 membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan. Baca Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil.

☑️Menyokong Fleksibiliti Sendi

Bila sebut bab kesihatan sendi ni, teringat mak di kampung.

Bila pergi surau masjid kesian tengok pak cik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang sangat berharga.

Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan.

Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya , orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3.

Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi .

Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan.

Di samping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi.

☑️Nutrisi Penting untuk Ibu Hamil Menyusu

Omega 3 ni sebenarnya sangat diperlukan sepanjang kehamilan.

Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan- bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.

Omega-3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
Omega-3 membantu mengurangkan risiko preclamsia (tekanan darah tinggi ketika hamil)
Omega-3 membantu mengurangkan risiko bayi mendapat alergi/ ekzema selepas kelahiran.
Omega-3 membantu menguatkan imunisasi bayi.

Untuk ibu menyusu/ berpantang selepas bersalin, pengambilan omega-3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai anda tak konsisten ambil Omega ketika hamil, boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus , ibu dapat slim down selepas beranak.

Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak.

☑️Menyokong Kesihatan Kulit

Omega-3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

☑️Meningkatkan Fungsi Imun

Omega-3 mebantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan.

☑️Meningkatkan Kesihatan Sperma

Ia Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.

Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh.

Rugi bagi yang ambil mudah akan pengambilan Omega-3.

Kalau luaran kita nak cantik macam umur 20-30an. Apa salahnya kalau kesihatan badan dan minda (otak) kita pun cantik macam 20-30an kan.

Hadiahkan pada diri-sendiri, suami, ibu ayah, mertua dan orang tersayang.

Omega Guard ni pendek kata supplemen yang paling asas dan essential. Sebab seisi keluarga boleh amalkan dan diperlukan.

Antara Koleksi Pengguna Omega Guard Shaklee

Testimonial

OMEGA GUARD SHAKLEE MAHAL?

Selalu saya dengar, orang cakap harga Omega Guard Shaklee mahal, harga minyak ikan lain jauh lebih murah.

Tahu tak, apa kelebihan minyak ikan Shaklee ini? Kenapa ia berbeza daripada minyak ikan jenama lain?

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Jadi yang mana lebih murah, minyak ikan jenama X harganya RM80, minyak ikan Shaklee harga jualan RM 136. Jika inginkan khasiat yang sama, minyak ikan jenama X adalah RM80 x 3 = RM240. Bukan kah minyak ikan jenama Shaklee lebih murah? 🙂

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Jadi khasiat Omega Guard Shaklee sudah tentu lebih baik daripada jenama lain.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin.

CADANGAN SET KOMBO OMEGA GUARD

Nak order Omega Guard Shaklee dan Konsultan :

WhatsApp untuk order klik link⤵️

www.wasap.my/60163922646

IG👠: @watieshaklee

🦋HP/ CALL : 016-3922646
.
🦋COD SHAKLEE : Universiti Malaya, Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya.
.
🦋POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

Promosi Shaklee November 2018

Hari ni first November 2018. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Yang di tunggu telahpun tiba. Hari ni nak war-warkan promosi Shaklee November 2018.

1. Promosi Omega Guard
🐟 Buy 2, Less 5%
🐟 Buy 6, Free 1

Fungsi Omega Guard: 
.
✔Meningkatkan sistem imun tubuh.
✔Mengurangkan tekanan emosi.
✔Mencegah insomnia.
✔Mencegah salur darah dari tersumbat.
✔Mencegah pembekuan darah dalam badan.
✔Mengawal masalah obesiti.
✔Mengurangkan risiko sakit jantung.
✔Membantu perkembangan tumbesaran dan perkembangan otak janin.
✔Memelihara fungsi hati dan sendi.
✔Meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
✔Mengekalkan tekanan normal darah.
✔Membantu menyihatkan paru-paru.
✔Mencegah gout.
✔Membantu merendahkan kadar kolestrol.
✔Mengurangkan sakit kepala.

2. Shaklee Baby dijual secara loose item
📌 Diskaun 30%. Dapatkan dengan harga yang sungguh jimat.

3. Promosi Youth dilanjutkan dengan free travelling bag.  Dengan setiap pembelian Set Youth.

Promosi terbaik di bulan November! Jom dapatkan sekarang⤵️

Kak Tie

WhatsApp klik➡️www.wasap.my/60163922646/shaklee

#omegaguardshaklee #omegashaklee #omegashakleemurah #shakleeomega #WAH30Day

HFMD – Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

*HFMD atau PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT*

Tanda-tanda awal terkena jangkitan HFMD ialah:

• Demam selama 2-3 hari.
• Sakit tekak, hidung berair.
• Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
• Ulser mulut.
• Tiada selera makan.
• Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).

PUNCA HFMD

Penyakit HFMD adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

*SEKIRANYA TERDAPAT TANDA-TANDA HFMD*

1) Mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera.

2) Memaklumkan pihak Tadika/Taska dengan segera sebaik sahaja disahkan oleh doktor dijangkiti HFMD.

3) Mengkuarantin anak-anak di rumah seperti yang diarahkan oleh doktor sehingga pulih.

4) Mendapatkan surat pengesahan doktor/hospital bahawa anak-anak telah *bebas* HFMD sebelum menghantar mereka semula ke Tadika/Taska.

‘Mencegah lebih baik dari mengubati’

*RAWAT DAN CEGAH SECARA SEMULAJADI*

Shaklee ada produk supplemen yang dapat membantu dalam merawat dan mencegah secara semulajadi antaranya tiga supplemen ini :

🦋 Herbal blend untuk sapu pada bahagian yang gatal-gatal.
🦋 Meal Shake untuk kuatkan antibodi dan bantu selera makan anak-anak.
🦋 Performance Drink untuk mengawal kekurangan air dalam badan anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan keterangan lanjut
http://www.wasap.my/60163922646/cegahHFMD

Bertenaga Bila Dapat Tengok Piala Dunia Rusia 2018

 

Bercerita tentang FIFA World Cup Rusia 2018 ni, ramailah yang akan bersengkang mata menyaksikan perlawanan bola secara langsung bersiaran di Chanel televisyen RTM1, 2 dan Astro Sukan. Bukan senang nak tengok World Cup ni….hanya peminat tegar yang sanggup tengok di waktu malam Malaysia.

Sambil tengok bola ni kita perlukan tenaga dan hilangkan rasa mengantuk di pertengahan malam.

Kak tie nak cadangkan 2 supplemen terbaik dari Shaklee.

SUPLEMEN YANG BANTU HILANGKAN MENGANTUK DAN CERGAS BERTENAGA

1. Cinch Tea Mix – Hilangkan Mengantuk

Apakah Cinch Tea Mix ini?

🌿Minuman teh yang memberi tenaga semulajadi

🌿Mengurangkan rasa mengantuk

🌿Membakar kalori dan lemak berlebihan

🌿Meningkatkan metabolisma

Cara untuk mendapat rasa yang lebih sedap, anda ambil 1 sachet Cinch Tea dan campurkan dengan 3 sudu besar Performance. Rasanya seperti Air Lemon Tea yang sangat sedap dan memberi tenaga. Boleh di minum waktu siang dan juga malam.

Paling best sangat tentang Cinch Tea Mix ni, bila anda minum, mata akan menjadi segar bugar dan lebih bertenaga. Badan mula rasa berpeluh-peluh, walaupun tengah duduk sahaja. Cuba tau jangan tak cuba😊.

2.  COQ-Trol Plus – CERGAS BERTENAGA DI PAGI HARI

Apakah CoQ-Trol Plus ini? 

CoQ-Trol Plus membantu anda kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, antioksidan yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga. 

Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee
CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10. Tambahan 2 mg Resveratrol dan 5 mg Tokoferol.

Coq-Trol Plus juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum di dalam tubuh. Bebas Gluten.

Manfaat CoQ-Trol Plus Shaklee :

💡Membantu kekalkan tenaga.

💡Menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas.

💡 Membaiki peredaran darah yang sihat.

💡 Mengekalkan kolesterol yang sihat.

💡 Menguatkan otot jantung.

💡 Mengurangkan risiko penyakit jantung.

💡 Meingkatkan kesuburan – peningkatan pergerakan dan kuantiti sperma, memperbaiki kualiti ovum dan peluang tinggi untuk persenyawaan.

💡 Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit.

💡 Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit.

💡 Kulit lebih anjal dan sihat.

💡 Kulit kurang berkedut.

💡 Meingkatkan daya ingatan & pembelajaran.

💡 Lebih fokus dan peka.

💡 Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan, iaitu Alzheimer dan Parkinson.

Banyaknya manfaat CoQtrol. Best best pulak tu. Tak sabar nak telan malam ni 🤩.

Jom dapatkan segera untuk tingkatkan tenaga anda dengan 2 supplemen ini. Sempena Fifa World Cup Rusia 2018. Hubungi Kak tie, ready stock dengan harga istimewa.😊

 

WHATSAPP Untuk order klik link👇

www.wasap.my/60163922646/KakTie

Instagram : nutrisifamilyssupplement

COD : Shaklee Universiti Malaya, Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya

POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

 

 

Suasana Di PRU 14 Pada 9 Mei 2018

Alhamdullillah, di izinkan lagi mengundi buat Kali ke-2 pada tahun ini. Lima tahun sekali mengundikan…apatah kita lagi teruja nak menjalankan tangunggjawab kewajipan pada negara Malaysia. 

Seawal sebelum jam 8.00 pagi, orang ramai mula datang dan beratur keluar mengundi lebih awal. Memudahkan lagi urusan di waktu pagi. 

 

Orang ramai mula beratur panjang untuk mengundi di awal waktu pagi. Cuaca hari ini memang panas. Tapi Kak tie tak der le beratur panjang macam ni. Sebab Kak tie ibu Hamil diberi laluan utama untuk masuk ke dewan tempat mengundi. Alhamdullillah, pihak SPR mengambil perihatin terhadap ibu Hamil, orang OKU dan  Warga Emas didahulukan.

Alhamdullillah, selesai sudah mengundi pada jam 10.00 pagi. Ini sahaja yang sempat diambil gambar celup jari sendiri.

Diperkarangan tempat mengundi sekolah Agama Al-Khawarizmi, cawangan Pantai Dalam, orang ramai Masih lagi beratur panjang.

Masing-masing sedang menunggu giliran untuk mengundi.

Sempat amik gambar ni saja tadi. 😆 calon untuk Parlimen Dun P121 Lembah Pantai dari Pakatan Harapan.

Jam 5 petang pintu pagar tutup tapi orang ramai dah mula berkumpul diperkarangan sekolah. Tak sabar nak tahu keputusan mengundi. Apapun Kita tunggu keputusan nanti di malam hari.

Apa pun SAYA TETAP PILIH SIHAT DENGAN VIVIX SHAKLEE. 😆😆

Al-maklumlah Promosi VIVIX Shaklee umum semalam bikin sama teruja dengan PRU 14 ni.

HANYA 3 HARI JIMAT RM356! .
☘PROMOSI 5% OFF BELI TWIN PACK VIVIX SEMPENA☘
. 🌟 PARENT DAY 🌟

Dengan Belian 2 Botol VIVIX anda layak ⤵
.
✔ Dapat Harga Ahli Diskaun RM200.
✔ Diskaun lagi 5% Promosi 3 hari sahaja! 11-13 MAY 2018!.
✔ Automatik PERCUMA yuran KEAHLIAN shaklee JIMAT RM69
✔ Tengah bulan depan BONUS RM36
✔ PERCUMA Postage jimat rm10.60
.
UNTUNG PENJIMATAN RM356!! 🤩🤩
.
RAMAI TERTUNGGU PROMOSI VIVIX 🤩
THE BEST SUPPLEMENT. KECANTIKAN DAN KESIHATAN ‘ALL IN ONE’. .
Nak Dapat Harga Special VIVIX klik sini ⤵

www.wasap.my/60163922646/promosiVivix

Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/PromosiVivix

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

Alhamdullillah, PRU 14 Pada 9 May 2018 semalam sudah berakhir. Kini Malaysia Baru diterajui Perdana Menteri baru. Semoga memberi sinar harapan baru kepada rakyat Malaysia 🇲🇾.

Tip Berhenti Merokok Dengan Selamat

Hari ini kak Tie nak bercerita tentang bagaimana hendak berhenti MEROKOK dengan SELAMAT. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghiraukan betapa bahayanya merokok kepada tubuh mereka. Perlu anda ketahui, terdapat 4000 jenis bahan beracun dalam sebatang rokok yang dihisap. Bahan-bahan beracun ini akan mengancam kesihatan setiap perokok dan boleh mengakibatkan penyakit yang boleh membawa maut. Awas! Tanpa disedari, setiap kali anda menghisap sebatang rokok, 4000 jenis bahan beracun ini akan mengisi paru-paru anda.

Antara bahan-bahan beracun yang disedut termasuklah 3 jenis bahan kimia merbahaya yang utama iaitu:

1) Nikotin

Sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. la boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikkan tekanan darah.

2) Karbon Monoksida

Sejenis gas merbahaya, jika disedut dengan banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sukar bernafas dan cepat letih.

3) Tar                  

Sejenis bahan peransang yang boleh mengakibatkan kanser. Perokok akan menghidapi risiko barah paru-paru, perut dan mulut daripada orang yang tidak merokok . Selain daripada bahan-bahan di atas ia juga mengandungi  bahan beracun yang sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Bahan Racun terkandung dalam Rokok

Merokok Punca Pelbagai Penyakit

Pihak Berkuasa Perubatan melalui kajian saintitik telah mengenalpasti bahawa merokok adalah penyebab atau merupakan faktor utama kepada kira-kira 25 jenis penyakit, antaranya:

  • Kanser

          Merokok merangsang dan boleh mengakibatkan kanser pada paru-paru, tekak, mulut pankreas, pundi kencing, buah pinggang, rahim dan esofagus.

  • Kerencatan pertumbuhan anak di dalam rahim
  • Penyakit jantung
  • Bronkitis kronik (paru-paru kembang)
  • Angin ahmar
  • Jantung (saluran darah tersumbat)
  • Buta
  • Penyakit asma bertambah teruk

Ketahuilah merokok mengakibatkan 25% dari jumlah penyakit jantung koronori, 75% dari jumlah penyakit (saluran pernafasan kronik, dan 90% dari seluruh kes kanser/barah paru-paru, serta kebanyakan kes kanser mulut dan tekak, esofagus, perut, pundi-pundi kencing, pankreas dan ginjal.

Kesan paru-paru rosak akibat merokok. Anda pilihan yang mana???

12 Cara Berhenti Merokok Secara Semulajadi dengan Selamat Dan Berkesan

1. Cari sebab kukuh kenapa mesti berhenti! – Untuk rasa bersemangat dan bermotivasi, cuba cari sebab yang kuat kenapa anda mesti berhenti hisap rokok. Boleh jadi sebab isteri sedang mengandung dan nak pastikan anak dalam kandungan berkembang dengan baik. Atau sebab nak kelihatan lebih muda dan bebas penyakit kronik. Atau sebab nak jimat duit. Yee rokok ni membazir!

2. Be prepared – Buat persediaan sebelum mula berhenti merokok sebab biasanya perokok akan mengalami nicotine withrawal symptom dan ketagihan yang teruk. Kalau tak kuat semangat mesti awal-awal dah mengalah. Sebelum mula boleh cuba dapatkan kaunseling, hypnosis, aplikasi, hadiri kelas quit-smoking dan sebagainya.

3. Dapatkan Sokongan Individu Terdekat – Beritahu keluarga, rakan-rakan dan juga sesiapa yang rapat dengan anda tentang niat anda nak berhenti merokok. Diorang boleh bantu bagi sokongan moral dan ingatkan anda untuk kekal nekad bila semangat tengah down. Boleh juga sertain kumpulan sokongan atau berjumpa dengan kaunselor. Anda boleh dapat kenalpasti dan berpegang kepada strategi berhenti merokok yang dikongsikan dalam sesi kanseling.

4. Take A Break! – Ada orang merokok sebab nicotine memberikan rasa tenang. Tapi sebenarnya ada banyak cara lain nak melapangkan fikiran seperti bersenam, mendengar muzik kegemaran, berjumpa dengan kawan-kawan, pergi bercuti, pergi berurut ataupun melakukan hobi yang anda suka. Cuba elakkan situasi yang tegang diminggu-minggu pertama anda mula berhenti merokok.

5. Jauhi Alkohol Dan Pencetus Rasa Ketagih Yang Lain – Elakkan ataupun kurangkan minum alkohol ketika baru mula berhenti merokok. Kalau biasa merokok lepas minum kopi, cuba beralih kepada teh. Kalau biasa merokok lepas makan, cuba buat suatu perkara yang lain seperti gosok gigi, kunyah gula-gula getah, pergi berjalan-jalan, message kawan-kawan atau lain-lain.

6. Bersihkan Rumah – Buang ataupun simpan semua tempat habuk rokok, mancis dan lighters. Basuh semua pakaian, karpet, tuala, sarung tilam dan bantal dan lain-lain material yang ada bau asap rokok. Guna pewangi udara untuk hilangkan bau rokok yang sangat familiar. Kalau biasa merokok dalam kereta, well bersihkan kereta juga! Hilangkan perkara-perkara yang boleh ingatkan anda terhadap rokok.

7. Cuba Dan Cuba Lagi! – Selalunya bila nak buat sesuatu perkara, kebanyakan orang akan cuba-cuba dulu sebelum betul-betul dapat capai targer. So setiap kali tengah cuba berhenti merokok dan tiba-tiba rasa macam nak merokok balik, ingatkan diri sendiri target dan kenapa nak berhenti at the first place. Tingkatkan komitmen untuk berhenti merokok. Sebaiknya letakkan tarikh supaya target tercapai.

8. Bersenam! – Menjalani hidup aktif dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin dan nicotine withdrawal symptoms. Bila terasa nak merokok, cepat-cepat pergi berriadah. Jogging ke, kayuh basikal ke, berkebun ataupun apa-apa je lah. Kalori yang terbakar boleh membantu mengelakkan kenaikan berat badan akibat berhenti merokok.

9. Makan Buah Dan Sayur! – Kalau boleh elakkan berdiet masa nak berhenti merokok. Sebab ini boleh membuatkan usaha berhenti tu lebih mencabar. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein terutamanya bila rasa ketagih. Mengunyah makanan yang berkhasiat boleh bantu kawal berat badan dan menyihatkan badan.

10. Tetapkan Reward Untuk Diri Sendiri – Untuk rasa lebih termotivasi, sediakan hadiah ataupun ganjaran untuk diri sendiri. Yang paling best ialah jumlah duit yang selalunya anda guna untuk beli rokok, boleh simpan dalam tabung. Mesti seronok bila tengok duit tu makin banyak. At the end of the day nanti boleh beli hadiah untuk diri sendiri.

11. Ingat, Berhenti Merokok Memanjangkan Hayat –Tidak merokok memberikan banyak manfaat kesihatan. Selepas 20 minit, degupan jantung kembali kepada normal, selepas 1 hari paras karbon monoksida dalam darah kembali ke paras asal, selepas 2 atau 3 minggu mengurangkan risiko diserang sakit jantung dan dalam tempoh jangka panjang, mengurangkan risiko diserang kanser paru-paru dan pelbagai kanser lain.

12. Pengambilan Antioksidan Kuat! – Merokok menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel dalam tubuh. Walau bagaimanapun, antioksidan yang sangat kuat boleh melindungi sel dan tisu tubuh dengan cara mencari dan menyerang radikal bebas sebelum kerosakan sel berlaku. Namun begitu, pemakanan yang kita ambil seharian mungkin tak mengandungi kandungan antioksidan yang cukup yang diperlukan badan.

Vivix Antioksidan Hebat Daripada Bahan Botani Bantu Berhenti Merokok Cara Semulajadi!

Bagaimana vivix shaklee boleh membantu perokok tegar berhenti merokok ?

1. Vivix Menghilangkan Ketagihan Nikotin

◆ Nikotin adalah antara bahan utama dalam rokok. Apabila perokok menghisap rokok, nikotin yang disedut tadi akan meresap ke dalam tubuh, termasuklah salur darah, sehinggalah ke dalam sel tubuh. Nikotin ini lah akan menyebabkan ketagihan merokok. Vivix akan mendetokskan nikotin tadi dari dalam darah, organ, otak dan sebagainya. Apabila nikotin sudah tiada, maka rasa ketagihan merokok tu akan hilang.
.
2. Menghilangkan Kesedapan Rasa Rokok.

◆ Orang yang merokok akan ada rasa satu feeling apabila dia hisap rokok. Sebab tu, apabila mereka mula berhenti merokok mereka merasa lain macam. Tapi dengan vivix, tiada lagi rasa kesedapan rasa rokok tu.
.
3. Kurangkan simptom Withdraw Bila Berhenti Merokok.

◆ Seperti yang kita tahu, apabila seseorang nak berhenti merokok secara mengejut akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan lain. Ini adalah kerana badan mereka terkejut dengan kedaaan yang tidak biasa (tidak merokok)Tapi dengan pengambilan VIVIX dan DTX Complex membantu badan untuk mendetoks kan segala benda berbahaya akibat merokok yang ada dalam organ badan kita terutamanya hati. DTX Complex memang di khaskan untuk hati yang rosak !Ini adalah kerana kandungan Vivix Shaklee itu sendiri yang bersifat antioksida yang sangat tinggi. Terhasil daripada buah anggur muscadine yang sangat tinggi kandungan revestrolnya.
.
Bagi mereka yang merokok, setiap sedutan daripada rokok itu menghasilkan beribu-ribu radikal bebas masuk dalam tubuh badan. Bayangkan satu batang rokok berapa kali sedutan .

VIVIX Shaklee bertindak untk menggantikan sel-sel yang telah rosak dengan sel-sel baru . Selepas beberapa hari mengambil sesudu teh, perokok akan merasakan seperti pahit bila mahu merokok. Seolah-olah seperti pertama kali mencuba rokok. Penyakit yang dikaitkan dengan merokok adalah penyakit jantung. Dengan vivix, bukan sahaja boleh hilangkan ketagihan merokok namun membantu untuk kurangkan masalah sakit jantung. Tetapi perlu konsisten pengambilannya.

Antara Testimoni Perokok yang Berjaya Berhenti Merokok

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5

Alhamdulillah ramai yang dah berjaya berhenti merokok hasil berikhtiar dengan Vivix. Rokok sememangnya langsung tak memberi apa-apa faedah terutamanya kepada kesihatan. Duit pun banyak habis. Tapi yang pastinya Vivix boleh bagi badan jadi lebih sihat! Masih belum terlambat nak cuba berikhtiar dengan Vivix. Kalaupun rasa tak sayang dengan diri sendiri, ingat-ingatlah orang-orang yang kita sayang. Ibu, ayah, abang, kakak, adik dan juga orang yang bergantung dengan kita, isteri dan anak-anak terutamanya. Tak sayang diorang juga ke?

Fikir-fikirkan lah 🙂

Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/SetCergasRamadhan

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju


 

Set Cergas Ramadhan Untuk Ibu Hamil & Menyusu

Seminggu lagi kita akan menyambut Bulan Puasa. Tentu Ibu-ibu hamil, dan yang sedang menyusu ingin cuba berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ini antara luahan hati ibu hamil dan menyusu yang terpaksa menahan diri dari keadaan letih dan tersangat-sangat lapar pada bulan puasa. Ya, inilah ujiannya, walaupun diberikan rukhsah untuk ibu mengandung, tetapi jauh di sudut hati ibu hamil dan menyusu ini, tetap ingin meneruskan puasa mereka untuk menyahut rukun Islam ketiga ini, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan selagi tidak membawa mudarat kepada bayi yang dikandungnya itu dan juga dirinya.

5 Masalah yang dihadapi ibu hamil dan menyusu ketika berpuasa :

➡Badan menjadi lesu dan tidak bertenaga

➡Sering rasa ingin pitam dan loya

➡Pedih ulu hati atau dipanggil heartburn

➡Perut menjadi terlalu berangin akibat lapar

➡Menggigil

Ibu Hamil, dan menyusu memerlukan pemakanan yang berkhasiat untuk kekal cergas, sihat dan tidak berlapar ketika berpuasa nanti. Jangan risau ada supplemen yang boleh membantu Ibu-ibu yang sedang hamil, dan menyusu  dengan cara sihat serta tidak memudaratkan kepada mereka.

*Set Cergas Ramadhan*

ESP (Soya Protein Isolate Powder)

ESP membantu memberi tenaga berpanjangan dan mengelakkan Kita dari keletihan melampau sepanjang hari walaupun dalam keadaan berpuasa kepada ibu hamil, dan menyusu.

Manfaat ESP : 

1. ESP yang dihasilkan dari soya bukan GMO, adalah sumber protein yang sangat tinggi. Ia membekalkan tenaga berpanjangan dan mengelakkan kita dari keletihan melampau sepanjang hari walaupun dalam keadaan berpuasa.

2. ESP mempunyai indeks glisemik yang tinggi, iaitu ia menjadikan proses pembakaran gula di dalam darah berpanjangan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, nilai gula di dalam badan tidak akan terlalu tinggi yang menjadikannya sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Selain itu, dengan nilai indeks glisemik yang tinggi ini, ia membantu kita untuk tahan lapar dalam jangka masa yang lama.

3. ESP membantu melindungi kita dari keadaan pedih ulu hati mahupun heartburn kerana ia membantu membentuk lapisan di dalam perut agar asid tidak masuk ke kawasan esofagus yang menyebabkan kepedihan yang melampau di bahagian dada kita. Ia sangat bermanfaat kepada mereka yang selalu gastrik juga!

PERFORMANCE DRINK

Performance Drink minuman isotonik penghilang dahaga. Ia membantu melindungi badan kita dari kekeringan, oleh itu ia akan membuatkan kita kurang dahaga walaupun seharian tidak mengambil air yang cukup. Sangat sesuai diambil di bulan puasa.

Manfaat Performnace Drink :

1. Teknologi “opti-carb” dalam minuman ini membantu kita mendapat tenaga berpanjangan sepanjang hari

2. Amat mesra perut kerana Performance Drink ini adalah minuman isotonik yang tidak bergas, tidak mengandungi gula dan pengawet tambahan. Jadinya ia sangat sesuai di ambil ketuka berpuasa mahupun orang yang mempunyai perut yang sensitif.

Antara Testimoni-testimoni Ibu Hamil dan Menyusu

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Semoga perkongsian ini memberi cahaya kegembiraan kepada anda. Saya sudi untuk menerima sebarang pertanyaan dan permintaan untuk set Cergas Ramadhan ini, demi membantu golongan istimewa seperti anda untuk berpuasa dengan cergas dan bertenaga kali ini.

Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/SetCergasRamadhan

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

Vitamin Yang Dicadangkan Untuk Ibu Bersalin

Selamat Malam Sahabat semua. Malam ni nak tambah entry baru. Kak tie nak kongsi untuk bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak nanti. Tentu Ibu-ibu rungsing nak makan apa untuk keperluan si ibu selepas bersalin nanti. Ada Yang bagi cadangan suruh mengambil Jamu herba dan ada yang mencadangkan ambil Jamu moden iaitu supplemen.

Macam Kak tie ini memilih kedua-duanya, agar seimbang.  Jamu herba ni akak memilih dari segi mandian Herba Wangi, minuman air akar kayu, dan pilis.

Nak tahu apa Jamu moden yang Kak tie ambil selepas bersalin. Jamu moden tu adalah supplemen Shaklee. Set Bersalin atau dikenali sebagai Set Berpantang. Set Bersalin ini sangat bagus bagi kak Tie, sebabnya akak rasa lebih cergas di dalam waktu berpantang selepas 2 minggu bersalin. Kali ini memang pantang seorang diri, sebab tidak mahu menyusahkan mak sendiri. Alhamdullillah, anak tak banyak ragam, tidur tanpa ada gangguan tengah malam. Memudahkan pergerakan kerja dalam rumah. Luka pun cepat baik. Al-maklum aje le… kak Tie dah empat kali bersalin. Jadi dah tahu apa yang perlu di ambil masa pantang. Hehehe…

 

Sebelum tu, Kak tie nak terangkan fungsi dan manfaat Set Bersalin atau Berpantang ini.  Set Bersalin ini mempunyai tujuh supplemen antaranya:

1) Vitalea

🍀 Multivitaminyang mempunyai 28 jenis mineral yang sangat diperlukan oleh badan.

🍀Semasa bersalin, ibu banyak kehilangan darah. Dengan mengambil vitalea iron formula ini bantu hasilkan hemoglobin untuk pembentukan sel darah merah ibu.

🍀Semasa tempoh berpantang, ibu perlu pantang banyak makanan. Jadi untuk cukupkan kekurangan nutrisi dan gizi tersebut, kandungan mineral dan vitamin dalam vitalea boleh membantu ibu.

🍀Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu letih sekaligus stress.

🍀Dalam pantang tak boleh stress. Stress mengganggu penghasilan susu ibu.

🍀Membantu penyembuhan luka dalaman kerana mengandungi zinc.

 

2) B Complex

🍀Fungsi b-complex ialah menstabilkan emosi untuk ibu berpantang.

🍀Stress keterlaluan ditakuti ibu ‘gila meroyan’ Penenang saraf

🍀Menukarkan makanan kepada tenaga.

🍀Membantu juga dalam penghasilan sel darah merah.

🍀Memelihara kulit dari dalam.

🍀Vitamin B juga penting untuk kecantikan kulit.

 

3) Vitamin C

🍀Vitamin penting untuk penyembuhan luka jahitan.

🍀Membantu meningkatkan sistem pertahanan bayi dan ibu. Alhamdulillah semasa tempoh berpantang saya bebas demam. Demam abnormal bagi ibu berpantang tau.

🍀Membentuk kolagen dan penting untuk kecantikan kulit.

🍀Untuk kulit cantik ambil vitamin C tau.

 

4) Energizing Soy Protein ( ESP )

🍀Membantu memberikan tenaga yang lama.

🍀Membantu kawal kolestrol ibu dan bantu tubuh ibu kembali fit seperti sebelum mengandung.

🍀Kepentingan protein untuk ibu berpantang ialah memberikan tenaga selain itu memulihkan tisu yang rosak semasa melahirkan anak. Dalam pantang keperluan protein kita agak terhad. Dan protein boleh bertahan dalam suhu 36°c, jika tidak ia akan merosakkan kandungan asid amino semulajadi yang terdapat dalam protein.

🍀Protein dan Asid amino diperlukan untuk penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susu yang cukup untuk anak.

🍀ESP dihasilkan dari kacang soya non GMO (tidak diubah genetik). Dibasuh menggunakan air dan suhu sederhana untuk mengekalkan enzim dalam ESP

🍀Ramai yang beri feedback selepas minum ESP susu lebih pekat.

 

5) Ostematrix

🍀Dalam tempoh pantang, ibu kerap mengalami sembelit.

🍀Ostematrix membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus kerana mempunyai mangesium di dalamnya.

🍀Menguatkan tulang ibu dan bayi Menggantikan kalsium yang hilang semasa mengandung dan bersalin 40% kalsium diperlukan untuk penghasilan susu

🍀Membantu baiki kebas-kebas dan lenguh.

 

6) Omega Guard

🍀Membantu kurangkan kemurungan ibu berpantang

🍀Mengurangkan sakit kepalaMengawal tekanan darah

🍀Mengurangkan masalah lupa selepas bersalin. Yang ini perkara yang normal berlaku

🍀Membantu dalam perkembangan sensori motor anak.

 

7) Alfalfa Complex

🍀Alfalfa ialah raja segala tumbuhan, mempunyai akar sepanjang 6meter yang menyerap banyak nutrien.

🍀Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi, sakit belakang terutama semasa menyusu.

🍀Membantu sebagai ‘milkbooster’ kerana mengandungi agen galactagogoe.

🍀Kaya dengan vitamin K dan boleh diambil enam minggu sebelum bersalin untuk kurangkan risiko buasir semasa bersalin. Terkeluar akbiat meneran dengan kuat.

🍀Bertindak sebagai ‘kacip fatimah’, merapatkan bahagian intim wanita

🍀Membantu kurangkan keputihan.

🍀Pemulihan urat selepas bersalin.

 

TESTIMONI SET BERSALIN / BERPANTANG

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Kepada bakal-bakal ibu yang mahu mencuba Set Bersalin atau berpantang ni bolehlah dapat konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan Kak Tie.

Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

.WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/SetBerpantangShaklee

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

 

Diabetis (GDM) Ketika Hamil : Kesan Risiko Kepada Ibu dan Bayi

Diabetis (GDM) Ketika Hamil : Kesan Risiko Kepada Ibu dan Bayi

Diabetis yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes Melitus terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku ketika hamil.

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?

Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:

  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.

Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Kesan Risiko GDM kepada Ibu

 1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.

4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM. 

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan.  

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang.

Antara komplikasi utama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama. 

9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.
 

Kesan Risiko GDM kepada Bayi

 1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra uterine death

Kematian didalam kandungan.

3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia 

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.

Tanda Atau Simptom Kencing Manis Semasa Hamil

1) Ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
2) Sering membuang air kecil secara sedikit
3) Luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
4) Dahaga yang melampau
5) Rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
6) Penglihatan yang kabur

Jika ibu hamil disahkan menghidapnya..jangan bimbang…Masih ada cara untuk mengawalnya…

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengawal dan mengelak GDM semasa hamil ialah :

1) Jaga Nutrisi Pemakanan 

Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”. Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

2) Selalu Bersenam 

Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

3) Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin 

Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

4) Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.

Bagaimana Suplemen Shaklee membantu Ibu Hamil Yang Menghidapi Diabetis Semasa Hamil

 

1. ESP

Kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2. B Complex

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3. Vitalea Iron Formula

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin S R Vita C Plus

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak.

Testimoni

 

Oklah sampai disini dulu ya. Jika ingin  dapatkan KONSULTASI dan JADUAL PEMAKANAN dengan betul dari Pengedar Sah Shaklee Anda. Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

.WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/Set DiabetisKehamilan

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju