Lelaki Yang Sihat Dan Bertenaga

Zink adalah mineral yang kuat yang menyokong kesejahteraan optimum merangkumi pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun. Walaupun zink didapati dalam jumlah yang kecil dalam tubuh, ia adalah komponen di dalam lebih daripada 200 enzim yang mana menyokong mekanisme badan.

 

ZINK penting untuk: 

  • Memastikan anda kekal berfikiran tajam dengan ingatan yang kuat dan kebolehan belajar.
  • Mengekalkan kesihatan reproduktif supaya anda kekal subur.
  • Mengekalkan kekuatan otot untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Menyokong pengeluaran tenaga untuk memastikan anda kekal aktif.

 

Kekal AKTIF dan BERTENAGA

 

  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel, tisu dan organ.
  • Meningkatkan peredaran darah.

Kekal PRODUKTIF

 

  • Melindungi sperma anda dari serangan radikal bebas.
  • Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul.
  • Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat.

Kekal BIJAKSANA

 

Creative01-300x300
  • Meningkatkan prestasi mental.
  • Secara positif meningkatkan emosi dan mood.
  • Mengekalkan fungsi kognitif sihat apabila anda semakin berumur.

Ambil suplemen yang diperlukan untuk cemerlang dalam perkara yang anda lakukan supaya kekal peka dan bijaksana sepanjang hari dengan ZINK dan ASID LEMAK OMEGA-3, antioksidan penting yang berfungsi sebagai perangsang otak supaya anda kekal cergas sepanjang masa!

 

Menguatkan Memori dan Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran

Apabila anda menghafal atau belajar sesuatu yang baru, sel otak anda berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan merembeskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.

ZINK membantu penghantaran isyarat yang tepat dari satu sel ke sel lain dengan lancar. Kajian juga mendedahkan kekurangan zink dikaitkan dengan keupayaan pembelajaran dan memori yang lemah.1

+OMEGA-3 memudahkan komunikasi diantara sel-sel otak, memastikan penghantaran isyarat berjalan lancar.

 

Mengekalkan Kesihatan Otak

Apabila umur meningkat, tahap zink dalam badan berkurangan. Akibatnya, prestasi otak anda menurun dan menimbulkan gejala seperti hilang ingatan, perubahan mood dan keupayaan pembelajaran yang rendah.

ZINK menyokong prestasi mental yang lebih baik dalam memori, fokus dan penguasaan bahasa. 2

+OMEGA-3 mengurangkan risiko penurunan kognitif dan menggalakkan isyarat serta komunikasi saraf otak yang sihat untuk meningkatkan memori. 5,6

 

Menggalakkan Mood yang Baik dan Positif

Badan yang sihat menggalakkan mood yang lebih baik menjadikan anda lebih sihat!

ZINK memainkan peranan penting dalam memodulasi tindak balas otak dan badan terhadap tekanan dengan mengurangkan gejala seperti kemurungan, fikiran yang terganggu dan agresif, menjadikan anda lebih bahagia.

+OMEGA-3 bertindak sebagai blok bangunan untuk otak yang lebih bahagia dengan meningkatkan mood4 dan memperbaiki kesejahteraan emosi secara menyeluruh. 4

Rujukan:

  1. The Journal of Neuroscience, 9 November 2011, 31(45): 16076-16085; doi: 10.1523/JNEUROSCI.3454-11.2011
  2. Serum zinc concentrations correlate with mental and physical status of nursing home residents. PLoS One. 2015 Jan 30;10(1):e0117257. doi: 10.1371/journal.pone.0117257. eCollection 2015.
  3. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.
  4. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.
  5. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.

 

Mengekalkan badan yang sihat untuk memulakan keluarga melibatkan nutrien tertentu. Ianya ZINK dan VITAMIN E, antioksidan penting yang bertindak sebagai penggalak kesuburan bagi lelaki supaya anda bersedia untuk merancang keluarga sepanjang tahun!

 

Menghasilkan Sperma Sihat

Sperma sihat bermula dengan testis sihat dan testis sihat bermula dengan ZINK!.

  • Meningkatkan kiraan sperma yang sihat.1
  • Meningkatkan motiliti dan kebolehhidupan sperma.1
  • Perkembangan testis yang sihat.1
  • Melindungi sperma dengan memerangi radikal bebas untuk meningkatkan kadar kesuburan.3

ZINK sangat tertumpu pada testis dan penyelidik mendapati bahawa kekurangan ZINK menyebabkan kegagalan pengeluaran sperma.1

 

 

Kekalkan Tahap Testosteron Sihat

Testosteron adalah hormon penting dan utama untuk fizikal dan kesihatan seksual lelaki. ZINK menyokong:

  • Tahap kesuburan.1
  • Dorongan seksual.1
  • Kesihatan seksual jangka panjang.1
  • Perkembangan testis dan prostat yang sihat.1
  • Perkembangan otot dan jisim tulang yang sihat.1
  • Mengekalkan tahap kesihatan testosteron untuk menjadi lelaki sejati.3

 

Meningkatkan Kesihatan Prostat

Tahap optimum ZINK dan Vitamin E meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.

Memastikan sperma bergerak menuju arah yang betul menembusi telur untuk persenyawaan, seolah-olah sperma itu dilengkapi dengan GPS.

Essential for male fertility, these nutrients:

  • Support prostate functions and male hormones.2
  • Produce prostatic fluid, a component of semen.1

 

References:

  1. Fallah, A., Mohammad-Hasani, A., & Colagar, A. H. (2018). Zinc is an Essential Element for Male Fertility: A Review of Zn Roles in Men’s Health, Germination, Sperm Quality, and Fertilization. Journal of Reproduction & Infertility, 19(2), 69–81.
  2. Netter A, Hartoma R, Nahoul K. Effect of zinc administration on plasma testosterone, dihydrotestosterone, and sperm count. Arch Androl. 1981 Aug;7(1):69-73.
  3. Umeda, F. Kato. K., Muta, K. and Ibayashi, H (1982). Effect of Vitamin E on function of pituitary-gonadal axis in human and subjects. Endocronilogia Japonica, 29(3), pp.287-292.

Dengan kombinasi nutrien yang betul, anda akan lebih bertenaga untuk melakukan apa yang anda suka. Mula dengan ZINK dan Koenzim Q10 antoksidan penting yang bertindak sebagai peningkat tenaga untuk anda bergerak aktif sepanjang hari!

 

Tukar Makanan Kepada Tenaga

Badan anda memerlukan kedua-dua zink dan koenzim Q10 untuk pmenukarkan makanan kepada tenaga secara optimum.

ZINK membantu menukar karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga. Ia memastikan tubuh anda membakar makanan yang anda makan dengan sempurna untuk mengelakkan gangguan dalam penghasilan tenaga yang boleh menyebabkan keletihan.

Koenzim Q10 menyokong pengeluaran adenosine trifosfat (ATP), yang menyimpan dan menghantar tenaga supaya anda mendapat bekalan tenaga yang tinggi untuk melakukan aktiviti yang anda suka.

 

Mempercepat Proses Membina Otot

Meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat!

ZINK menstabilkan struktur protein dalam otot dan mengawal paras hormon untuk pembinaan dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat.

KoQ10 membantu mengurangkan kecederaan otot yang disebabkan oleh senaman dan latihan. Ia juga meningkatkan prestasi otot serta mengurangkan keletihan otot untuk prestasi fizikal yang lebih kuat dan lebih hebat.

 

Menyokong Pengeluaran Tenaga Optimum

Pada peringkat sel, anda memerlukan glukosa di dalam sel untuk penghasilan tenaga.

ZINK menyokong penghasilan, penyimpanan dan rembesan insulin, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke dalam sel anda untuk penghasilan tenaga optimum.

KoQ10 bertindak sebagai penjana tenaga dengan menyediakan bekalan tenaga konsisten sepanjang hari untuk badan anda.

 

 

Rujukan:

  1. Kon, M., Tanabe, K., Akimoto, T., Kimura, F., Tanimura, Y., Shimizu, K., . . . Kono, I. (2008). Reducing exercise-induced muscular injury in kendo athletes with supplementation of coenzyme Q10. British Journal of Nutrition, 100(4), 903-909. doi:10.1017/S0007114508926544
  2. Cooke, M., Iosia, M., Buford, T., Shelmadine, B., Hudson, G., Kerksick, C., … Kreider, R. (2008). Effects of acute and 14-day coenzyme Q10 supplementation on exercise performance in both trained and untrained individuals. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 5, 8. http://doi.org/10.1186/1550-2783-5-8

 

Tiba masanya menikmati tahun keemasan anda dengan melakukan apa yang anda gemari! Bekalkan badan anda dengan nutrien yang betul, iaitu ZINK  dan  KOENZIM Q10, antoksida penting yang berfungsi dalam meningkatkan penghasilan tenaga untuk mengekalkan tenaga, kekuatan dan kesejahteraan anda sepanjang hari!

 

Menggalakkan Tidur Yang Lena

Mendapatkan tidur yang baik membantu untuk menyembuhkan dan mengecas semula. Apabila bilangan lilin pada kek hari jadi anda bertambah, anda mungkin mendapati bahawa anda bangun lebih awal, dapat melelapkan mata hanya untuk beberapa jam atau tidur pada siang hari.

ZINK menggalakkan dan mengawal corak tidur yang sihat, menggalakkan tidur yang lebih baik untuk menjadikan anda lebih segar dan lebih aktif setiap hari!1

 

Menggalakkan Pengeluaran Tenaga

Badan anda memerlukan zink dan koenzim Q10 untuk menukar makanan kepada tenaga secara optimum.

ZINK memastikan tubuh anda membakar makanan yang anda makan sewajarnya bagi mendapatkan pengeluaran tenaga optimum. Kekurangan nutrien ini menyebabkan tahap tenaga berkurangan, kelesuan dan membawa kepada keletihan kronik dalam jangka masa panjang.

COQ10 menggalakkan pengeluaran tenaga pada peringkat sel untuk meningkatkan kecergasan badan untuk menggalakkan peredaran darah yang sihat supaya anda boleh berjalan lebih laju dan berlari lebih jauh.

 

Mengekalkan Jisim dan Kekuatan Otot

Pengambilan nutrien untuk mengekalkan otot yang tidak mencukupi dari diet harian boleh membawa kepada kemerosotan otot, kesannya otot lemah di kemudian hari.

ZINk, membantu melambatkan proses kemerosotan otot dan mengekalkan jisim otot, membawa kepada tahap tenaga tinggi sebagai satu daripada penyimpanan tenaga dalam otot.

COQ10 membantu meningkatkan kekuatan otot supaya anda rasa lebih bertenaga untuk melakukan apa yang anda gemari setiap hari!

 

Rujukan:

  1. Cherasse, Y., & Urade, Y. (2017). Dietary Zinc Acts as a Sleep Modulator. International Journal of Molecular Sciences, 18(11), 2334. http://doi.org/10.3390/ijms18112334

7 Manfaat Luar Biasa Zink

 

 

1. Meningkatkan Kesihatan Imun

Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.

  • Memendekkan tempoh selesema biasa.1
  • Memberi sokongan imun2 dan mengaktifkan sel-sel imun3 supaya mereka berfungsi secara optimum.

 

 

2. Rambut kuat dan berkilau

Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.

  • Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.4
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut.4
  • Mempercepatkan pertumbuhan semula folikel rambut.4

 

 

 

3. Kulit cantik dan berseri

Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat.

  • Merawat jerawat dan melegakan radang kulit5 untuk kulit yang sihat berseri.

 

 

4. Permulaan Sihat, Keluarga Sihat

Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.

  • Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal,6 untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penempelan.
  • Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan , memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.7

 

 

5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.

  • Meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap.8
  • Melindungi saraf dan tisu otak.9

 

 

6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.

  • Meningkatkan prestasi sukan.10
  • Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.11

 

 

 

7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.

  • Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit.12
  • Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka.12
  • Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.13

 

Rujukan:

  1. Singh, M., & Das, R. R. (2011). Zinc for the common cold. Cochrane Database Syst Rev, 2.
  2. Prasad, A. S. (2008). Zinc in human health: effect of zinc on immune cells. Molecular medicine, 14(5-6), 353.
  3. Kaltenberg, J., Plum, L. M., Ober‐Blöbaum, J. L., Hönscheid, A., Rink, L., & Haase, H. (2010). Zinc signals promote IL‐2‐dependent proliferation of T cells. European journal of immunology, 40(5), 1496-1503.
  4. Park, H., Kim, C. W., Kim, S. S., & Park, C. W. (2009). The therapeutic effect and the changed serum zinc level after zinc supplementation in alopecia areata patients who had a low serum zinc level. Annals of dermatology, 21(2), 142-146.
  5. Michaelsson, G., Juhlin, L., & Vahlquist, A. (1977). Effects of oral zinc and vitamin A in acne. Archives of dermatology, 113(1), 31-36.
  6. Menezo Y, Pluntz L, Chouteau J, Gurgan T, Demirol A, et al. (2011). Zinc concentrations in serum and follicular fluid during ovarian stimulation and expression of Zn2+ transporters in human oocytes and cumulus cells. Reproductive Biomedicine Online 22: 647-652
  7. Zhao, J., Dong, X., Hu, X., Long, Z et al. (2016) Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta-analysis. Sci. Rep. 6, 22386; doi: 10.1038/srep22386
  8. Pan, E., Zhang, X. A., Huang, Z., Krezel, A., Zhao, M., Tinberg, C. E., … & McNamara, J. O. (2011). Vesicular zinc promotes presynaptic and inhibits postsynaptic long-term potentiation of mossy fiber-CA3 synapse. Neuron, 71(6), 1116-1126.
  9. Kumar V, Kumar A, Singh SK, Tripathi SK, Kumar D, et al. (2016). Zinc Deficiency and Its Effect on the Brain: An Update. Int J Mol Genet and Gene Ther, 1(1).
  10. Kilic, M., Baltaci, A. K., Gunay, M., Gökbel, H., Okudan, N., & Cicioglu, I. (2006). The effect of exhaustion exercise on thyroid hormones and testosterone levels of elite athletes receiving oral zinc. Neuro endocrinology letters, 27(1-2), 247-252.
  11. Krotkiewski, M., Gudmundsson, M., Backström, P., & Mandroukas, K. (1982). Zinc and muscle strength and endurance. Acta Physiologica Scandinavica, 116(3), 309-311.
  12. Andrews, M., & Gallagher-Allred, C. (1999). The role of zinc in wound healing. Advances in Skin & Wound Care, 12(3), 137.
  13. Sallit, J. (2012). Rationale for zinc supplementation in older adults with wounds. Annals of Long-Term Care: Clinical Care and Aging, 20(1):39-41.

 

Zink adalah mineral surih yang dijumpai hampir di dalam setiap sel badan dan komponen di dalam lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, penghasilan hormon.

Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat mempromosikan kesihatan tubuh.

Tahukah Anda?
Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan.

Keistimewaan Shaklee

Satu tablet membekalkan 100% nilai harian yang diperlukan untuk zink.
• Dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi.

 

WhatsApp chat