Kesihatan & Kecergasan Lelaki

Tingkatkan Prestasi Kelelakian Dengan Vitamin E

Vitamin E, adalah antioksida yang melindungi sel anda daripada rosak. Di kalangan lelaki, vitamin E mempunyai pelbagai manfaat hebat yang merangkumi daripada kecergasan fizikal sehingga kesihatan jantung dan meningkatkan peluang anda untuk menjadi seorang bapa!

Mari kita kenali bagaimana vitamin E meningkatkan kesihatan lelaki!

Meningkatkan Kecergasan & Prestasi Sukan

Sekiranya anda peminat sukan dan latihan ketahanan, Vitamin E boleh membantu meningkatkan prestasi anda melalui:
– Mengurangkan kekejangan otot anda.1
– Mengurangkan kesakitan otot dan kerosakan sel.2
– Mengekalkan jisim otot anda.2

Memastikan jantung anda mengepam dengan sihat

Untuk prestasi yang lebih baik, selain memiliki tubuh yang sihat dan tenaga yang mencukupi, anda juga memerlukan jantung yang sihat untuk mengepam darah dan membekalkan nutrien kepada Sel-sel anda. Vitamin E:
– Menghalang pembentukan plak di arteri anda.3
– Meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.4

Meningkatkan Kecergasan Sperma5

Pengambilan vitamin E secara tetap membantu:
– Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.6
– Melindungi sperma daripada serangan radikal bebas.7
– Meningkatkan bentuk dan pergerakan sperma yang sihat.7
– Mengekalkan tahap Testosteron yang sihat.8

Jadi, adakah anda mendapat vitamin E yang mencukupi hari ini?

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan biji-bijian ke dalam pemakanan seharian atau anda boleh mengambil suplemen vitamin E untuk meningkatkan kesihatan anda!

References:
1. Williams MH. Vitamin supplementation and athletic performance. Int J Vitam Nutr Res Suppl. 1989;30:163-91.
2. Melvin H Williams. Dietary Supplements and Sports Performance: Introduction and Vitamins. Journal of the International Society of Sports Nutrition20041:1
3. Institute of Medicine. Food and Nutrition Board. Dietary Reference Intakes: Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoidsexternal link disclaimer. Washington, DC: National Academy Press, 2000.
4. Glynn RJ, Ridker PM, Goldhaber SZ, Zee RY, Buring JE. Effects of random allocation to vitamin E supplementation on the occurrence of venous thromboembolism: report from the Women’s Health Study. Circulation 2007;116:1497-1503.
5. Ahmadi S, Bashiri R, Ghadiri-Anari A, Nadjarzadeh A. Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review. International Journal of Reproductive Biomedicine. 2016;14(12):729-736.
6. Moslemi MK, Tavanbakhsh S. Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine. 2011;4:99-104. doi:10.2147/IJGM.S16275.Moslemi MK, Tavanbakhsh S. Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine. 2011;4:99-104.
7. Umeda, F. Kato. K., Muta, K. and Ibayashi, H (1982). Effect of Vitamin E on function of pituitary-gonadal axis in human and subjects. Endocronilogia Japonica, 29(3), pp.287-292.

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental anda.

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!

1. Tingkatkan pengambilan protein

Protein membekalkan:
• Tenaga dan stamina yang berkekalan.
• Memastikan anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
• Membina dan mengekalkan jisim otot anda.
Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan.

2. Makan multivitamin setiap hari

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk: 
• Mengisi jurang pemakanan anda.
• Meningkatkan penghasilan tenaga.
• Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

3. Sentiasa bersama Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:
• Menyokong kesihatan imun anda.
• Membantu pembaikan tisu.
• Melindungi sel-sel anda daripada radikal bebas.
• Meningkatkan kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.1

4. Ambil dos harian Omega 3

Omega-3 terbukti berupaya untuk:
• Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.2
• Merendahkan risiko penyakit jantung.2
• Meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.3
• Menjadi agen anti-keradangan yang baik.4
• Menggalakkan sendi yang kuat.5

5. Kekal bertenaga dengan B-Kompleks

Vitamin B:
• Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
• Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
• Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
• Meningkatkan mood6 dan kesihatan kogniti.7

6. Lakukan yang terbaik dengan Vitamin E

Vitamin E:
• Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
• Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.8
• Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.9

7. Dapatkan perlindungan dengan Polifenol

Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga! Ianya:
• Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan10 untuk prestasi terhebat.
• Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.11
• Menggalakkan peredaran darah yang sihat.12

8.Tinggalkan Tabiat Buruk

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda.

9. Teruskan Berusaha

• Bersenam:
• Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
• Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.

10.Makan dan Kekal Cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda.13 Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:
• Buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Karbohidrat yang tidak ditapis.
• Lemak yang sihat.
• Protein tanpa lemak.
• Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
• Serat.

References:
1. Akmal M, Qadri JQ, Al-Waili NS, Thangal S, Haq A, Saloom KY. Improvement in human semen quality after oral supplementation of vitamin c. J Med Food. 2006 Fall;9(3):440-2.
2. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ, American Heart Association. Nutrition C. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation 2002;106:2747-57.
3. Van Gelder BM, Tijhuis M, Kalmijn S, Kromhout D. Fish consumption, n-3 fatty acids, and subsequent 5-y cognitive decline in elderly men: the Zutphen Elderly Study. Am J Clin Nutr 2007;85:1142-7.
4. Calder PC. n-3, polyunsaturated fatty acids, inflammation and inflammatory diseases. Am J Clin Nutr. 2006 Jun;83(6 Suppl):1505S-1519S.
5. Goldberg RJ, Katz J. A meta-analysis of the analgesic effects of omega-3 polyunsaturated fatty acid supplementation for inflammatory joint pain. 2007 May;129(1-2):210-23. Epub 2007 Mar 1.
6. David O. Kennedy, Rachel Veasey, Anthony Watson, Fiona Dodd, Emma Jones, Silvia Maggini, and Crystal F. Haskell. Effects of B vitamin complex with vitamin c and minerals on subjective mood and performance in healthy males. Psychopharmacology (Berl). 2010 Jul; 211(1): 55–68.
7. Sathyanarayana Rao, T., Asha, M., Ramesh, B. and Jagannatha Rao, K. (2008). Understanding nutrition, depression and mental illnesses. Indian Journal of Psychiatry, 50(2), p.77.
8. Eric B. Rimm, Meir J. Stampfer, Alberto Ascherio, Edward Giovannucci, Graham A. Colditz, and Walter C. Willett. Vitamin E consumption and the risk of coronary heart disease in men. N Engl J Med 1993; 328:1450-1456
9. Vézina, D., Mauffette, F., Roberts, K. and Bleau, G. (1996). Selenium-vitamin E supplementation in infertile men. Biological Trace Element Research, 53(1-3), pp.65-83.
10. Sergio D, Nadia S, et al. Enhancement of mitochondrial biogenesis with polyphenols: combined effects of resveratrol and equol in human endothelial cells. Biomed Central 2013 Jul, 11
11. A Resveratrol and Polyphenol Preparation Supresses Oxidative and Inflammarory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011.
12. Vèronique Habauzit and Christine Morand. Evidence for a protective effect of polyphenols-containing foods on cardiovascular health:an update for clinicians. Ther Adv Chronic Dis. 2012 Mar; 3(2): 87–106.
13. Fernando Gómez-Pinilla. Brain foods: the effects of nutrients on brain function. Nat Rev Neurosci. 2008 Jul; 9(7): 568–578.

POLIFENOL: MENGEMBALIKAN STAMINA ANDA

Tahap stamina anda menentukan prestasi dan produktiviti anda sepanjang hari. Ia adalah kunci utama yang memelihara kekuatan dan tenaga apabila anda semakin berusia.

Tidak kira berapa umur anda sekarang, yang pasti – Anda boleh mengembalikan semula stamina dan bersedia untuk kehidupan yang lebih mencabar dengan POLIFENOL.

 

 

Apakah itu POLIFENOL?

Sekumpulan sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. POLIFENOL memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan. Ianya adalah:

• Antioksidan yang kuat.
• Perangsang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat.

 

Dimanakah POLIFEFENOL boleh didapati?

Beri, ceri, delima, epal, kacang dan teh hijau adalah tinggi dengan POLIFENOL. Campuran unik ini memberikan anda 16 jenis polifenol untuk meningkatkan stamina anda.
 
Anggur Muscadine

 

Polygonum Cuspidatum

 

Lobak Ungu

 

Elderberi Eropah

 

 

Bagaimana POLIFENOL meningkatkan stamina saya?

Pengambilan Polifenol secara kerap telah menunjukkan kepada:
  • Peningkatkan tenaga sel- Polifenol meningkatkan jumlah pengeluaran mitokondria – ‘dinamo’ dalam sel badan anda. Lebih tenaga ‘dinamo’, memberikan stamina yang lebih tinggi untuk prestasi dan produktiviti yang lebih baik.
  • Membantu mengembalikan dan memperbaharui sel2- Merangsang prestasi sel untuk tenaga dan kecergasan.

 

Apakah manfaat kesihatan POLIFENOL?

 

Meningkatkan Paras Tenaga
Sendi Yang Kuat
Imuniti Yang Kuat
Ketajaman Minda
Peningkatan Kesihatan Reproduktif

 

Kembalikan dan kekalkan stamina anda dengan makanan yang kaya dengan Polifenol atau yang lebih mudah, tambahkan suplemen berasaskan tumbuhan yang sihat dengan kandungan spektrum Polifenol terbaik dari hasil penyelidikan.

Kaum lelaki sering digambarkan sebagai idola dan juga wira. Mereka menguruskan pelbagai perkara penting dalam kehidupan dan sering diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan melaksanakan semua urusan dengan baik. Apabila anda sering memberi tumpuan kepada kehidupan seharian, masa anda adalah terhad untuk menjaga kesihatan.

Oleh kerana tubuh kita berubah dari semasa ke semasa, keperluan tubuh kita turut berubah – oleh itu kaum lelaki, sama ada anda menghampiri usia 20-an atau memasuki usia 40-an, perhatikan perubahan ini dan amalkan pemakanan yang betul untuk prestasi tubuh dan minda yang optimum. 
Inilah MASANYA!

 

Lelaki Dalam Usia 20-an

 

Apa yang akan anda alami Apa yang akan anda perlukan
Metabolisme berada pada tahap tertinggi.

Protein: Membantu untuk membentuk dan memelihara otot.

Omega 3: Menyokong sintensis protein dalam otot.

Tenaga yang optimum diperlukan. B-Complex: Mempercepatkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Kesukaran untuk ambil makanan yang seimbang. Multivitamin: Memenuhi jurang pemakanan anda.
Gaya hidup yang sibuk membuatkan anda mudah sakit. Vitamin C: Meningkatkan imuniti anda.
Paras hormon testosteron berada pada paras kemuncak. Vitamin E: Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan paras testosteron lelaki.1
Apa yang anda akan alami Apa yang akan anda perlukan
Berat badan yang berlebihan kerana metabolisme yang rendah.

Protein: Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Multivitamin: Menyokong metabolisme badan.

Tekanan dan stres. B-Kompleks: Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Pendedahan yang berterusan terhadap pencemaran. Vitamin C: Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imuniti.
Risiko yang lebih tinggi terhadap masalah berkaitan dengan jantung. Omega-3: Mengurangkan risiko penyakit jantung2 dengan merendahkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL Cholesterol) & trigliserida.
Merancang untuk mempunyai keluarga. Vitamin E & Selenium: Meningkatkan kadar kesuburan lelaki.3.4
Anda mahukan lebih tenaga, tenaga dan tenaga! Polifenol: Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.
Apa yang anda akan alami Apa yang akan anda perlukan
Kesukaran untuk mengekalkan berat badan yang ideal walaupun anda aktif secara fizikal.

Protein:Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.  

Mutivitamin: Menyokong metabolisme badan.

Kurang tumpuan yang boleh menjejaskan produktiviti kerja anda. B-Kompleks: Meningkatkan daya ingatan dan menyokong prestasi minda yang sihat.5
Tanda-tanda penuaan mula muncul. Vitamin C: Penuaan yang sihat & meningkatkan imuniti.
Mula mengalami ketidakselesaan sendi. Omega-3: Menggalakkan kesihatan dan meningkatkan mobiliti.
Kerap kencing dan tidak lawas. Vitamin E & Selenium: Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki.6
Berisiko tinggi untuk osteoporosis. Kalsium: Untuk tulang yang lebih kuat, otot dan sendi yang sihat.
Anda mahukan kehidupan yang penuh bertenaga dan aktif! Polifenol: Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.

1. UMEDA, F., KATO, K., MUTA, K. and IBAYASHI, H. (1982). Effect of vitamin E on function of pituitary-gonadal axis in male rats and human subjects. Endocrinologia Japonica, 29(3), pp.287-292.

2. Horowitz, S. (2014). Omega-3 Fatty Acids for Disease Prevention and Treatment. Alternative and Complementary Therapies, 20(4), pp.191-196.
3. Moslemi, M. and Zargar, S. (2011). Selenium & vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine, p.99.
4. Vézina, D., Mauffette, F., Roberts, K. and Bleau, G. (1996). Selenium-vitamin E supplementation in infertile men. Biological Trace Element Research, 53(1-3), pp.65-83.

5. Sathyanarayana Rao, T., Asha, M., Ramesh, B. and Jagannatha Rao, K. (2008). Understanding nutrition, depression and mental illnesses. Indian Journal of Psychiatry, 50(2), p.77.
6. Andrology Australia. (2017). Prostate enlargement or BPH. [online] Available at: https://www.andrologyaustralia.org/prostateproblems/prostate-enlargement-or-bph/ [Accessed 21 Jun. 2017].

WhatsApp chat