Kecantikan YOUTH™

Selama lebih 60 tahun, kami tidak pernah berhenti membantu anda untuk hidup lebih muda, lebih lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini kami menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda dan Jelita.

 

Dalam usaha kami untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, kami telah menemui sesuatu yang menakjubkan. 

 

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia, tetapi mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan dalam diri.

 

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang dicipta dan direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. 

 

Untuk kekal muda sama seperti yang anda rasa, mulalkan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.

 

Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi semakin muda. Sememangnya menakjubkan

 

MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN

 

Kami tahu bahawa YOUTH Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri sendiri, tetapi bagaimana kami buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda?

 

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusanya adalah luar biasa.

 

2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih mudah dengan YOUTH. Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambaikan hanya dalam 7 hari dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda. 

 

KUASA BOTANIKAL

 

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

LOTUS JAPONICUS

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR+®COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH ini direka untuk bekerjasama bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Diformulasi dengan bahan-bahan aktif anti penuaan dalam setiap produk rangkaian ini, YOUTH memberikan manfaat bersifat rawatan di dalam regimen ini.

 

Mulakannya hari ini.

 

RANGKAIAN YOUTH™

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

 

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda

 

Bahan-bahan Utama

YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

PERFECTING SKIN TONER

 

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

 

Bahan-bahan Utama

Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit andasemasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

 
 
Bahan-bahan Utama

Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

 

RESTORING EYE TREATMENT

Dirumus dengan bahan anti-penuaan yang kuat dan bahan botani untuk memberikan manfaat hebat dan solusi yang nyata untuk mata letih, kering atau sembap. Ditambah dengan cooling tip yang unik, menyegarkan dan memberi tenaga pada kawasan mata dengan urutan lembut pada setiap aplikasi. Bangun setiap hari dengan mata yang lebih cerah, tiada kedutan dan kelihatan lebih muda!

 
 
Bahan-bahan Utama

Peptide Blend, Licorice Extract, Lotus Japonicus, Schisandra Chinensis, Hyaluronic Acid, Muscadine Grape, and Vital Repair+® Complex

 

YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

 
 
Bahan-bahan Utama

YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

 

 

Bahan-bahan Utama

SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract

MENGEMBALIKAN KESERIAN

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – RICH

Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

 
 
Bahan-bahan Utama

Vital Repair+® Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter, Jojoba

 

RADIANCE C + E

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

 
Bahan-bahan Utama

20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi
Untuk penggunaan selama 60 hari.

YOUTH Terbukti Secara Klinikal

 

Dibangunkan secara klinikal oleh pakarpakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tandatanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

  • KEDUTAN KULIT
  • SAIZ PORI
  • TONA KULIT
  • KEANJALAN
  • TEKSTUR KULIT
  • HIPERPIGMENTASI
  • SERI KULIT
  • KEKENDURAN

 

Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. 

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

 

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsibpenting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

WhatsApp chat