HFMD – Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

HFMD – Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

*HFMD atau PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT*

Tanda-tanda awal terkena jangkitan HFMD ialah:

• Demam selama 2-3 hari.
• Sakit tekak, hidung berair.
• Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
• Ulser mulut.
• Tiada selera makan.
• Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).

PUNCA HFMD

Penyakit HFMD adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

*SEKIRANYA TERDAPAT TANDA-TANDA HFMD*

1) Mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera.

2) Memaklumkan pihak Tadika/Taska dengan segera sebaik sahaja disahkan oleh doktor dijangkiti HFMD.

3) Mengkuarantin anak-anak di rumah seperti yang diarahkan oleh doktor sehingga pulih.

4) Mendapatkan surat pengesahan doktor/hospital bahawa anak-anak telah *bebas* HFMD sebelum menghantar mereka semula ke Tadika/Taska.

‘Mencegah lebih baik dari mengubati’

*RAWAT DAN CEGAH SECARA SEMULAJADI*

Shaklee ada produk supplemen yang dapat membantu dalam merawat dan mencegah secara semulajadi antaranya tiga supplemen ini :

🦋 Herbal blend untuk sapu pada bahagian yang gatal-gatal.
🦋 Meal Shake untuk kuatkan antibodi dan bantu selera makan anak-anak.
🦋 Performance Drink untuk mengawal kekurangan air dalam badan anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan keterangan lanjut
http://www.wasap.my/60163922646/cegahHFMD

No Comments

Post A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WhatsApp chat