TIP BUSINESS DAN MOTIVASI

Bagaimana menulis Headline

Mungkin anda pernah dengar?
Tajuk atau “headline” sesuatu iklan bernilai 50% dari keseluruhan iklan.

Mungin 70%. Mungkin juga 80%

Cuba jawab soalan ni.

Yang mana satu lebih penting?

Kereta yang ‘best’ dipandu?
Atau kereta yang tak bergerak langsung?

Kalau tawaran dalam iklan anda best… takda maknanya kalau orang tak baca iklan tersebut.

Jika headline gagal buat orang stop dan baca iklan anda… keseluruhan iklan tersebut tidak bergerak. Prospek anda tidak akan bertindak.

Tujuan Utama Headline

Tujuan utama headline umpama orang yang pegang bendera merah dalam perlumbaan F1.

Tujuannya untuk tarik perhatian pemandu untuk menyampaikan satu mesej penting.

Contohnya:
“Awas! Bahaya”

atau..
“Ini lap terakhir!”

Ia wajib tarik perhatian pembaca.

Jangan lupa bahawa pembaca kita juga membaca laju macam kereta F1 juga!

Mereka cuma ‘scan’ dan buat keputusan sepantas kilat.

“Iklan ni patut ke aku baca?”
“Ni akan buang masa aku ke?”
“Berguna ke untuk aku?”

Soalan ini berlaku sepantas beberapa saat sahaja.
Tapi ia menentukan samada mereka nak baca iklan anda atau tidak.

Oleh itu headline anda mesti cukup power untuk tarik perhatiannya dalam keadaan kelajuannya, dan juga ribuan benda lain yang juga sedang tarik perhatiannya pada waktu yang sama!

Anda perlu karang headline yang cukup power. Baru mereka baca iklan anda.

*Tip by Kak Tie*