Tip Berhenti Merokok Dengan Selamat

Hari ini kak Tie nak bercerita tentang bagaimana hendak berhenti MEROKOK dengan SELAMAT. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghiraukan betapa bahayanya merokok kepada tubuh mereka. Perlu anda ketahui, terdapat 4000 jenis bahan beracun dalam sebatang rokok yang dihisap. Bahan-bahan beracun ini akan mengancam kesihatan setiap perokok dan boleh mengakibatkan penyakit yang boleh membawa maut. Awas! Tanpa disedari, setiap kali anda menghisap sebatang rokok, 4000 jenis bahan beracun ini akan mengisi paru-paru anda.

Antara bahan-bahan beracun yang disedut termasuklah 3 jenis bahan kimia merbahaya yang utama iaitu:

1) Nikotin

Sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. la boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikkan tekanan darah.

2) Karbon Monoksida

Sejenis gas merbahaya, jika disedut dengan banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sukar bernafas dan cepat letih.

3) Tar                  

Sejenis bahan peransang yang boleh mengakibatkan kanser. Perokok akan menghidapi risiko barah paru-paru, perut dan mulut daripada orang yang tidak merokok . Selain daripada bahan-bahan di atas ia juga mengandungi  bahan beracun yang sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Bahan Racun terkandung dalam Rokok

Merokok Punca Pelbagai Penyakit

Pihak Berkuasa Perubatan melalui kajian saintitik telah mengenalpasti bahawa merokok adalah penyebab atau merupakan faktor utama kepada kira-kira 25 jenis penyakit, antaranya:

  • Kanser

          Merokok merangsang dan boleh mengakibatkan kanser pada paru-paru, tekak, mulut pankreas, pundi kencing, buah pinggang, rahim dan esofagus.

  • Kerencatan pertumbuhan anak di dalam rahim
  • Penyakit jantung
  • Bronkitis kronik (paru-paru kembang)
  • Angin ahmar
  • Jantung (saluran darah tersumbat)
  • Buta
  • Penyakit asma bertambah teruk

Ketahuilah merokok mengakibatkan 25% dari jumlah penyakit jantung koronori, 75% dari jumlah penyakit (saluran pernafasan kronik, dan 90% dari seluruh kes kanser/barah paru-paru, serta kebanyakan kes kanser mulut dan tekak, esofagus, perut, pundi-pundi kencing, pankreas dan ginjal.

Kesan paru-paru rosak akibat merokok. Anda pilihan yang mana???

12 Cara Berhenti Merokok Secara Semulajadi dengan Selamat Dan Berkesan

1. Cari sebab kukuh kenapa mesti berhenti! – Untuk rasa bersemangat dan bermotivasi, cuba cari sebab yang kuat kenapa anda mesti berhenti hisap rokok. Boleh jadi sebab isteri sedang mengandung dan nak pastikan anak dalam kandungan berkembang dengan baik. Atau sebab nak kelihatan lebih muda dan bebas penyakit kronik. Atau sebab nak jimat duit. Yee rokok ni membazir!

2. Be prepared – Buat persediaan sebelum mula berhenti merokok sebab biasanya perokok akan mengalami nicotine withrawal symptom dan ketagihan yang teruk. Kalau tak kuat semangat mesti awal-awal dah mengalah. Sebelum mula boleh cuba dapatkan kaunseling, hypnosis, aplikasi, hadiri kelas quit-smoking dan sebagainya.

3. Dapatkan Sokongan Individu Terdekat – Beritahu keluarga, rakan-rakan dan juga sesiapa yang rapat dengan anda tentang niat anda nak berhenti merokok. Diorang boleh bantu bagi sokongan moral dan ingatkan anda untuk kekal nekad bila semangat tengah down. Boleh juga sertain kumpulan sokongan atau berjumpa dengan kaunselor. Anda boleh dapat kenalpasti dan berpegang kepada strategi berhenti merokok yang dikongsikan dalam sesi kanseling.

4. Take A Break! – Ada orang merokok sebab nicotine memberikan rasa tenang. Tapi sebenarnya ada banyak cara lain nak melapangkan fikiran seperti bersenam, mendengar muzik kegemaran, berjumpa dengan kawan-kawan, pergi bercuti, pergi berurut ataupun melakukan hobi yang anda suka. Cuba elakkan situasi yang tegang diminggu-minggu pertama anda mula berhenti merokok.

5. Jauhi Alkohol Dan Pencetus Rasa Ketagih Yang Lain – Elakkan ataupun kurangkan minum alkohol ketika baru mula berhenti merokok. Kalau biasa merokok lepas minum kopi, cuba beralih kepada teh. Kalau biasa merokok lepas makan, cuba buat suatu perkara yang lain seperti gosok gigi, kunyah gula-gula getah, pergi berjalan-jalan, message kawan-kawan atau lain-lain.

6. Bersihkan Rumah – Buang ataupun simpan semua tempat habuk rokok, mancis dan lighters. Basuh semua pakaian, karpet, tuala, sarung tilam dan bantal dan lain-lain material yang ada bau asap rokok. Guna pewangi udara untuk hilangkan bau rokok yang sangat familiar. Kalau biasa merokok dalam kereta, well bersihkan kereta juga! Hilangkan perkara-perkara yang boleh ingatkan anda terhadap rokok.

7. Cuba Dan Cuba Lagi! – Selalunya bila nak buat sesuatu perkara, kebanyakan orang akan cuba-cuba dulu sebelum betul-betul dapat capai targer. So setiap kali tengah cuba berhenti merokok dan tiba-tiba rasa macam nak merokok balik, ingatkan diri sendiri target dan kenapa nak berhenti at the first place. Tingkatkan komitmen untuk berhenti merokok. Sebaiknya letakkan tarikh supaya target tercapai.

8. Bersenam! – Menjalani hidup aktif dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin dan nicotine withdrawal symptoms. Bila terasa nak merokok, cepat-cepat pergi berriadah. Jogging ke, kayuh basikal ke, berkebun ataupun apa-apa je lah. Kalori yang terbakar boleh membantu mengelakkan kenaikan berat badan akibat berhenti merokok.

9. Makan Buah Dan Sayur! – Kalau boleh elakkan berdiet masa nak berhenti merokok. Sebab ini boleh membuatkan usaha berhenti tu lebih mencabar. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein terutamanya bila rasa ketagih. Mengunyah makanan yang berkhasiat boleh bantu kawal berat badan dan menyihatkan badan.

10. Tetapkan Reward Untuk Diri Sendiri – Untuk rasa lebih termotivasi, sediakan hadiah ataupun ganjaran untuk diri sendiri. Yang paling best ialah jumlah duit yang selalunya anda guna untuk beli rokok, boleh simpan dalam tabung. Mesti seronok bila tengok duit tu makin banyak. At the end of the day nanti boleh beli hadiah untuk diri sendiri.

11. Ingat, Berhenti Merokok Memanjangkan Hayat –Tidak merokok memberikan banyak manfaat kesihatan. Selepas 20 minit, degupan jantung kembali kepada normal, selepas 1 hari paras karbon monoksida dalam darah kembali ke paras asal, selepas 2 atau 3 minggu mengurangkan risiko diserang sakit jantung dan dalam tempoh jangka panjang, mengurangkan risiko diserang kanser paru-paru dan pelbagai kanser lain.

12. Pengambilan Antioksidan Kuat! – Merokok menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel dalam tubuh. Walau bagaimanapun, antioksidan yang sangat kuat boleh melindungi sel dan tisu tubuh dengan cara mencari dan menyerang radikal bebas sebelum kerosakan sel berlaku. Namun begitu, pemakanan yang kita ambil seharian mungkin tak mengandungi kandungan antioksidan yang cukup yang diperlukan badan.

Vivix Antioksidan Hebat Daripada Bahan Botani Bantu Berhenti Merokok Cara Semulajadi!

Bagaimana vivix shaklee boleh membantu perokok tegar berhenti merokok ?

1. Vivix Menghilangkan Ketagihan Nikotin

◆ Nikotin adalah antara bahan utama dalam rokok. Apabila perokok menghisap rokok, nikotin yang disedut tadi akan meresap ke dalam tubuh, termasuklah salur darah, sehinggalah ke dalam sel tubuh. Nikotin ini lah akan menyebabkan ketagihan merokok. Vivix akan mendetokskan nikotin tadi dari dalam darah, organ, otak dan sebagainya. Apabila nikotin sudah tiada, maka rasa ketagihan merokok tu akan hilang.
.
2. Menghilangkan Kesedapan Rasa Rokok.

◆ Orang yang merokok akan ada rasa satu feeling apabila dia hisap rokok. Sebab tu, apabila mereka mula berhenti merokok mereka merasa lain macam. Tapi dengan vivix, tiada lagi rasa kesedapan rasa rokok tu.
.
3. Kurangkan simptom Withdraw Bila Berhenti Merokok.

◆ Seperti yang kita tahu, apabila seseorang nak berhenti merokok secara mengejut akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan lain. Ini adalah kerana badan mereka terkejut dengan kedaaan yang tidak biasa (tidak merokok)Tapi dengan pengambilan VIVIX dan DTX Complex membantu badan untuk mendetoks kan segala benda berbahaya akibat merokok yang ada dalam organ badan kita terutamanya hati. DTX Complex memang di khaskan untuk hati yang rosak !Ini adalah kerana kandungan Vivix Shaklee itu sendiri yang bersifat antioksida yang sangat tinggi. Terhasil daripada buah anggur muscadine yang sangat tinggi kandungan revestrolnya.
.
Bagi mereka yang merokok, setiap sedutan daripada rokok itu menghasilkan beribu-ribu radikal bebas masuk dalam tubuh badan. Bayangkan satu batang rokok berapa kali sedutan .

VIVIX Shaklee bertindak untk menggantikan sel-sel yang telah rosak dengan sel-sel baru . Selepas beberapa hari mengambil sesudu teh, perokok akan merasakan seperti pahit bila mahu merokok. Seolah-olah seperti pertama kali mencuba rokok. Penyakit yang dikaitkan dengan merokok adalah penyakit jantung. Dengan vivix, bukan sahaja boleh hilangkan ketagihan merokok namun membantu untuk kurangkan masalah sakit jantung. Tetapi perlu konsisten pengambilannya.

Antara Testimoni Perokok yang Berjaya Berhenti Merokok

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5

Alhamdulillah ramai yang dah berjaya berhenti merokok hasil berikhtiar dengan Vivix. Rokok sememangnya langsung tak memberi apa-apa faedah terutamanya kepada kesihatan. Duit pun banyak habis. Tapi yang pastinya Vivix boleh bagi badan jadi lebih sihat! Masih belum terlambat nak cuba berikhtiar dengan Vivix. Kalaupun rasa tak sayang dengan diri sendiri, ingat-ingatlah orang-orang yang kita sayang. Ibu, ayah, abang, kakak, adik dan juga orang yang bergantung dengan kita, isteri dan anak-anak terutamanya. Tak sayang diorang juga ke?

Fikir-fikirkan lah 🙂

Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/SetCergasRamadhan

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju


 

About author View all posts

mm

Watie Mohamad

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *