Diabetis (GDM) Ketika Hamil : Kesan Risiko Kepada Ibu dan Bayi

Diabetis (GDM) Ketika Hamil : Kesan Risiko Kepada Ibu dan Bayi

Diabetis yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes Melitus terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku ketika hamil.

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?

Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:

  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.

Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Kesan Risiko GDM kepada Ibu

 1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.

4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM. 

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan.  

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang.

Antara komplikasi utama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama. 

9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.
 

Kesan Risiko GDM kepada Bayi

 1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra uterine death

Kematian didalam kandungan.

3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia 

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.

Tanda Atau Simptom Kencing Manis Semasa Hamil

1) Ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
2) Sering membuang air kecil secara sedikit
3) Luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
4) Dahaga yang melampau
5) Rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
6) Penglihatan yang kabur

Jika ibu hamil disahkan menghidapnya..jangan bimbang…Masih ada cara untuk mengawalnya…

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengawal dan mengelak GDM semasa hamil ialah :

1) Jaga Nutrisi Pemakanan 

Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”. Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

2) Selalu Bersenam 

Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

3) Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin 

Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

4) Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.

Bagaimana Suplemen Shaklee membantu Ibu Hamil Yang Menghidapi Diabetis Semasa Hamil

 

1. ESP

Kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2. B Complex

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3. Vitalea Iron Formula

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin S R Vita C Plus

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak.

Testimoni

 

Oklah sampai disini dulu ya. Jika ingin  dapatkan KONSULTASI dan JADUAL PEMAKANAN dengan betul dari Pengedar Sah Shaklee Anda. Untuk sebarang pertanyaan  dan order boleh klik link

.WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/Set DiabetisKehamilan

HP/ CALL : 016-3922646
.
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

About author View all posts

mm

Watie Mohamad

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *