Roadshow Youth Skincare Shaklee

Roadshow Youth Skincare Shaklee

Pada 4 Februari 2018 yang lalu, Kak Tie menghadiri Roadshow  Youth Skincare Shaklee di HQ Shaklee, GEO Sunway, Petaling Jaya. Roadshow ini dihadiri oleh para pengedar dan juga leader Shaklee. Jom kita selidik apa kebaikan Penjagaan Kulit Muka Youth ini. Sebelum itu, Kak Tie nak perkenalkan pengasas Youth Skincare Shaklee ini  adalah Chris Kyrou, Presiden Pembangunan Penyelidikan & Kecantikan Shaklee Coperation.

WAH Legacy bersama Chris Kyrou, Presiden Youth

Ketahui Apa Yang Ada dalam Youth Skincare Shaklee

Rangkaian Penjagaan Kulit YOUTH

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH direka untuk memastikan dunia sekeliling melihat anda seperti bagaimana anda melihat diri-sendiri dengan memperbaharui sel-sel kulit anda supaya bertindak lebih muda. Janji kami ialah rangkaian penjagaan kulit YOUTH bukan sahaja menambah baik kesihatan kulit anda secara dramatik malah dijamin mampu mengubah usia kulit anda untuk kembali muda.

 

Memadamkan Sedekad Penuaan

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.

 

Ya, 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

    • Hipoalergenik
    • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
    • Diuji oleh ahli dermatologi
    • Diuji oleh ahli oftalmologi

KUASA BOTANIKAL

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

LOTUS JAPONICUS

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR+®COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

YOUTH COMPLEX

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharui pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsibpenting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Siapalah yang tak teruja nak mencuba Set Youth Skincare ni. Sebab itulah kak tie orang yang pertama nak mencuba semasa RoadShow Youth Skincare ni. Ha….siapa nak meremajakan kulit kekal, muda dan jelita meh cuba Set Youth ni yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan…

Oklah sampai disini dulu ya. Jika ingin  dapatkan KONSULTASI dan JADUAL PEMAKANAN dengan betul dari Pengedar Sah Shaklee Anda boleh berhubung pertanyaan dan order boleh klik link👇👇

.🦋WHATSAPP : www.wasap.my/60163922646/SetYouthSkincare

🦋HP/ CALL : 016-3922646
.
🦋POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

About author View all posts

mm

Watie Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *