Alfalfa Bapa Segala Makanan

Alfalfa Bapa Segala Makanan

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.
Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

  • Kaya dengan klorofil.
  • Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
  • Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
  • Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
  • Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
  • Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

Kalau korang nak tahu Alfalfa boleh didapati dalam bentuk tablet tau yang dinamakan Alfalfa Comlpex dari Shaklee. Mudah dan senang untuk ditelan, berbanding dengan tumbuhan asal semulajadi seperti di atas..nanti ada yang tak jadi nak makan…hehehe. Dibawah  ini adalah khasiat sebenar Alfalfa Complex. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di bawah ni.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Watie Pengedar Shaklee Anda 018.3152646 (Whatsapp for fast reply) Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.